Tuesday, April 27, 2010

Kita bagaimana pula???

SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

Polis tahan gadis pakai seluar ketat.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini."Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek."Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.




SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

sumber>>>cina islam

mungkinkah hal sedemikian akan berlaku di negara kita ini???negara yg di war2kan sbg negara islam..

Sunday, April 25, 2010

Kisah Teladan - Adab Menziarahi Ulama


Hari ni ambo nak kongsi sebuah kisah yang mana padanya tersirat beberapa pengajaran, antaranya adab ketika menziarahi para ulama, terutamanya ulama ’arifbillah. Kisah ini ada disebut didalam beberapa buah kitab, antaranya:
  • Al-Fatawa al-Haditsiyah oleh Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki
  • Tuhfatul Asyraf (iaitu kalam Habib Muhammad bin Hadi bin Hasan bin Abdurrahman as-Saqqaf yang ditulis oleh muridnya Habib Ahmad bin ‘Alwi al-Jufri)
  • Al-Kawakib ad-Duriyyah ‘ala al-Hadaiq al-Wardiyyah fi Ajlaa’ as-Saadat an-Naqsyabandiah oleh Syaikh ‘Abdul Majid bin Muhammad bin Muhammad al-Khani asy-Syafie.

Kisahnya lebih kurang lagu niii ….. Shaikh Abdul Qadir Jilani, di zaman mudanya sangat gemar menuntut ilmu. Beliau mempunyai dua orang shahabat akrab iaitu Ibnu as-Saqa dan Abu Said Abdullah Ibnu Abi Usrun (wafat - 585H). Beliau suka bershahabat dengan keduanya kerana mereka sangat cerdas. Mereka bertiga banyak melakukan perbincangan dan menyelesaikan berbagai persoalan.

Suatu hari mereka berkumpul tiga bershahabat ini dan sepakat untuk mengunjungi seorang waliAllah yang bernama Syaikh Yusuf al-Hamdani [440H – 535H: Beliau Abu Ya’qub Yusuf ibn Ayyub ibn Yusuf ibn al-Husain al-Hamdani adalah murid kepada Syaikh Abu ‘Ali al-Farmidhi dan guru kepada Shaikh Abdul Khaliq al-Ghujdawani – Masyaikh Tariqah Naqsyabandi. Kepada Syaikh Abdul Khaliq inilah dinisbahkan ‘amalan khatam khawajakhan dan yang mengatakan Syaikh Abu ‘Ali al-Farmidhi adalah guru kepada Imam al-Ghazali], yang dikenali sebagai al-Ghaus. Al-Ghaus adalah seorang ahli ibadah yang shaleh, waliAllah yang tinggal di pinggir kota. Namun beliau dikunjung ramai orang.

Sebelum berangkat, maka berdisikusilah antara Ibn as-Saqa dan Ibn Abi Usrun mengenai niat atau maksud dari ziarah mereka itu. Kata Ibn as-Saqa: Aku akan menanyakan persoalan yang susah agar ia bingung dan tidak boleh menjawabnya. Manakala Ibn Abi Usrun pula berkata: Aku akan ajukan persoalan, dan aku ingin melihat apa yang akan dia perkatakan.

Syaikh ’Abdul Qadir al-Jailani hanya diam membisu. Maka bertanyalah Ibn as-Saqa dan Ibn Abi Usrun kepada beliau: Bagaimana pula dengan engkau, wahai Abdul Qadir?

Syaikh Abdul Qadir menjawab: Aku berlindung dengan Allah dari bertanyakan persoalan yang sedemikian. Aku hanya ingin ziarah untuk mengambil barokah darinya.

Lalu berangkatlah tiga shahabat ini ke rumah Syaikh Yusuf al-Hamdani al-Ghaus. Setelah dipelawa masuk oleh al-Ghaus, beliau meninggalkan mereka seberapa ketika. Setelah menunggu agak lama, barulah Syaikh Yusuf al-Hamdani al-Ghaus keluar semula dengan pakaian kewaliannya untuk menemui mereka, lantas beliau berkata:

Kamu, wahai Ibn as-Saqa, berkunjung ke mari untuk mengujiku dengan persoalan demikian, jawabnya adalah demikian (Syaikh Yusuf al-Hamdani menjelaskan jawapannya beserta dengan nama kitab yang dapat dijadikan rujukan). Ia kemudian berkata kepada Ibnu as-Saqa, Keluarlah kamu! Aku melihat api kekufuran menyala-nyala di antara tulang-tulang rusuk mu.

Sedangkan kamu, ya Ibnu Abi Usrun, kamu ke mari dengan tujuan menanyakan permasaalahan ilmiah, jawabnya adalah demikian. Beliau, Syaikh Yusuf al-Hamdani lalu menjelaskan jawapannya berserta nama kitab yang membahas persoalan itu. Keluarlah kamu! Aku melihat dunia mengejar-ngejar kamu.

Kemudian Syaikh Yusuf al-Hamdani al-Ghaus melihat kepada Syaikh Abdul Qadir al-Jailani, lantas berkata: Wahai anakku Abdul Qadir, Engkau diredhai Allah dan RasulNya dengan adabmu yang baik. Aku melihat engkau kelak akan mendapat kedudukan di Baghdad dan memberi petunjuk kepada manusia. Apa yang kamu ingin kan insyaallah akan tercapai. Aku melihat bahawa kamu nanti akan berkata “Kedua kakiku ini berada di atas leher setiap para wali”.


Mereka bertiga kemudian keluar dari rumah al-Ghaus.

Beberapa lama setelah itu, Ibnu as-Saqa diperintahkan raja untuk berdebat dengan pemuka agama Nashrani. Perdebatan ini atas permintaan Raja kaum Nashrani. Penduduk negeri telah sepakat bahawa mereka sebaiknya diwakili oleh Ibn Saqa. Dialah orang yang paling cerdas dan alim di antara kita, kata mereka. Maka berangkatlah Ibn Saqa untuk berdebat dengan pemuka agama Nashrani. Sesampainya Ibnu Saqa di negeri kaum Nashrani, dia terpikat dengan seorang wanita pada pandangan pertama. Lalu dia menghadap ayah si wanita untuk meminangnya. Ayah perempuan itu menolak, melainkan jika Ibn Saqa terlebih dahulu memeluk agama mereka (nashrani). Dia pun dengan serta merta menyatakan persetujuan dan memeluk agama mereka, menjadi seorang Nashrani.

Manakala mengenai Ibnu Abi Usrun, dia ditugaskan raja iaitu Sultan as-Shaleh Nuruddin asy-Syahid, untuk menangani urusan wakaf dan sedekah. Kilauan dunia selalu datang menggodanya dari berbagai penjuru hingga akhirnya ia jatuh dalam pelukannya.

Adapun Shaikh Abdul Qadir, kedudukannya terus menjulang tinggi disisi Allah juga disisi manusia sehingga sampai suatu hari beliau berkata “Kedua kakiku ini berada di atas leher setiap wali”. Suara beliau didengar dan dipatuhi oleh seluruh wali ketika itu.
– Tamat kisah –


Maka, tentang pengajarannya..fikir2kanlah...

Ayyuhal Walad...


Sebahagian dari nasihat Rasulullah صلي الله عليه وسلم kepada umatnya, ialah:

علامة إعراض الله تعلى عن العبد, اشتغاله بمالايعنيه, وإن امرأذهبت ساعة من عمره, في غيرماخلق له من العبادة , لجدير أن تطول عليه حسرته, ومن جاور الأربعين ولم يغلب خيره على شره فليتجهزإلى النار


Ertinya: “Adalah dikira tanda berpalingnya Allah daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah (membuang-buang waktu kepada barang yang tidak berguna) Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari qiamat kelak) dan siapa yang umurnya lebih daripada empatpuluh (40) tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat mengalahkan kejahatannya maka baiklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki neraka.”

Semoga kita semua mendapat manfaat darinya,ameen...

Gandaan Pahala Sedekah

Allah asy-Syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan yang berganda-ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham akhirat mereka. Oleh itu, kita selaku hamba yang dhoif lagi banyak dosa dan taqsir hendaklah sentiasa mencari-cari jalan agar amalan kebajikan kita dapat digandakan ganjarannya di akhirat nanti. Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham - saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-
  1. Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
  2. Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
  3. Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
  4. Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
  5. Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.
Inilah formula untuk menggandakan pahala setiap pemberian kita. Moga dimanfaatkan, jangan hanya pemurah dengan rakan - rakan tetapi kedekut dengan ibubapa sendiri. Hari-hari belanja kawan makan, tetapi ibubapa sendiri seposen haram pun tak merasa titik peluh kita ....
subhanallah..