Wednesday, August 19, 2009

Khutbah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم Pada Hari Terakhir Sya’ban

Daripada Sayyidina Salman al-Farisi رضي الله عنه, beliau berkata: Pada akhir bulan Sya’ban, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berkhutbah pada kami:

Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya telah menghampiri kalian, bulan yang agung, bulan yang diberkati dan bulan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (yakni malam Lailatul Qadar). Bulan yang Allah menjadikan puasa pada bulan tersebut suatu kefardhuan dan sholat pada malamnya suatu perkara yang disunatkan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan tersebut dengan satu jenis kebaikan, maka dia seolah-olah menunaikan satu kefardhuan pada bulan yang lain. Sesiapa yang menunaikan satu kefardhuan pada bulan terse but, maka dia seolah-olah menunaikan 70 kefardhuan pada bulan yang lain. la merupakan bulan kesabaran dan kesabaran ganjarannya adalah syurga, bulan melakukan kebaikan dan bulan bertambahnya rezeki bagi orang yang beriman. Sesiapa yang menjamu orang yang berbuka puasa pada bulan tersebut, akan dikurniakan keampunan, dikurniakan pembebasan dari neraka dan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangkan sedikit pun dari balasannya.

Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk dijamu kepada orang yang berbuka puasa?" Maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: "Allah juga mengurniakan ganjaran ini bagi orang yang menjamu orang yang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar, atau seteguk air, atau sekali hisapan susu.

Bulan ini, awalnya ialah rahmat, pertengahannya ialah maghfirah dan penghujungnya ialah pembebasan dari neraka. Maka sesiapa yang meringankan kerja pekerjanya pada bulan ini, nescaya Allah mengampunkan dosanya dan membebaskannya dari neraka.

Hendaklah kalian memperbanyakkan pada bulan ini empat perkara: Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian dan dua perkara yang kalian amat perlukan. Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sentiasa memohon keampunanNya. Manakala dua perkara yang kalian perlukan ialah kalian memohon syurga kepada Allah dan berlindung denganNya dari neraka. Sesiapa yang mengenyangkan orang yang berpuasa, nescaya Allah memberikan kepadanya dari telagaku minuman yang tidak akan menghauskan sehinggalah dia memasuki syurga.”

Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam Shohihnya, al-Baihaqi dan Abu al-Syaikh Ibnu Hibban



Antara pengajaran yang dapat dipetik dari hadits diatas:
  • Pentingnya membuat persediaan (ilmu, mental dan fizikal) sebelum ketibaan bulan Ramadhan agar ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berkhutbah sebelum datangnya Ramadhan untuk memberi peringatan serta motivasi kepada para shahabat untuk bersedia menerima kedatangan Ramadhan.
  • Ramadhan bulan yang sangat istimewa, bulan yang agung lagi diberkati. Oleh kerana itulah kehadirannya dinantikan. Dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم mengajarkan doakan agar disampaikan kita ke bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Lailatul Qadar, malam yang mana lebih baik dari 1,000 bulan, berlaku pada salah satu malam dari bulan Ramadhan.
  • Pada bulan Ramadhan difardhukan berpuasa pada siangnya dan pada malamnya disunatkan mengerjakan sholat Tarawikh
  • Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ganjaran bagi mereka yang bersabar adalah jannah (syurga).
  • Pada bulan Ramadhan ganjaran dilipatkan gandakan. Mengerjakan 1 kefardhuaan di bulan Ramadhan, pahalanya seumpama mengerjakan 70 kefardhuan di bulan lain. Manakala mengerjakan perkara sunat pula ganjaran seumpama mengerjakan yang wajib.
  • Keutamaan menjamu orang berbuka puasa. Rebutlah peluang untuk mendapat minuman dari telaga Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kelak di masyhar dengan memberi minuman kepada orang yang berpuasa. Raihlah keampunan dari Allah dan pembebasan dari api neraka dengan menjamu orang untuk berbuka puasa.
  • Banyakkan mengucapkan لا اله الا الله dan beristighfar di bulan Ramadhan
  • Banyakkan berdoa untuk memohon kepada Allah untuk memasuki syurganya dan pohonlah perlindungan denganNya dari dicampakkan kedalam api neraka di bulan Ramadhan.
  • Rebutlah rahmat, magfirah (keampunan) dan pembebasan dari dari api neraka dengan mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna dan perbanyakan amal ibadat dengan penuh keikhlasan.
Wallahua'lam...

.:Salam Ramadhan Al-Mubarak:.

Monday, August 3, 2009

Bulan Sya'ban

Alhamdulillah..
Hari ni dah 12 hari Sya'ban berlalu,maka dah makin dekat la kita dgn bulan yg penuh Kemuliaan n Barakah yaitu Ramadhan al-Mubarak. Semestinya kita semua mengharapkan untuk sampai ke Bulan Ramadhan ini.

Hmm, aku pun dah lama x update blog ni..
maklumla,sem ni aku xbwk laptop.
ye r,lau ada laptop asyik dok main game je..
bajet nk blaja la konon.hahaha...
tp xpe,kira ada azam gak la.
keh3...

sbnrnye xde ape nk post pun
cuma ada nk share artikel yg mgkn berguna untuk korang n aku sendiri..
artikel ni sbg nk menguatkan lg amalan atau pegangan kita selama ni dan juga sbg panduan utk menolak golongan yg suka membida'ahkan sesetengah amalan sunat yg kita amalkan sebelum ini.

Kelebihan sya'ban

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:

ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟
ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)

Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan rejab:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.

Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:

كان يصوم شعبان كله

"Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban." (Hr Bukhari - sahih)

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا

" Rasulullah saw telah berpuasa sebahgian besar dari bulan sya'ban." (Hr Nasaie)

Sekelompok ulama telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi saw tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:

ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan ramadan." (Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)

oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan ramadan.

Hukum berpuasa selepas 15 sya'ban

Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:

إذا انتصف شعبان فلا تصوموا

"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa." (Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:

لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه

"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa." (Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.


Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."

Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.


Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya`baan dengan dua cara:

* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.

>>>Kalau Bulan Rejab berlakunya peristiwa isra' dan mi'raj yg mana Rasulullah saw menerima kefardhuan solat 5 waktu secara langsung, maka di bulan Sya'ban ini pula berlaku peristiwa2 diantaranya;
  • terjadinya peristiwa terbelahnya bulan yang sebagaimana tersebut dalam al-Quran di surah al-Qomar ayat 1
  • turunnya perintah penukaran qiblat dari Masjidilaqso ke Masjidilharam sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 144
  • dan turunnya perintah supaya bersholawat ke atas junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sebagaimana yang tersebut di surah al-Ahzaab ayat 56.
Oleh itu,marilah kita sama2 memperbanyakkan berselawat keatas Nabi saw..
xkiralah sighah salawat ape yg kita baca,samada Ibrahimiyyah,Tafrijiyyah,Munjiyyah atau sebagainya..Yg penting kita istiqamah mengamalkannya. Tp,kita disarankan banyakkan baca salawat ibrahimiyyah(yg kita bc msa tahiyyat akhir) bahkan Inilah sighah sholawat yang paling sempurna yang ma`tsur diriwayatkan daripada Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

Sedikit tambahan lagi:

Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.

Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.

Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.


Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

Wallahu A'lam

Wednesday, July 22, 2009

16 tanda kematian mulia

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah.

>>>Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

Oleh itu Rasulullah saw mengingatkan kita supaya sentiasa memperbaharui iman kita dengan mengucapkan kalimah La iLaaha illaLLah. Kadang2 kita mungkin sedikit ter'lagho' dalam kehidupan seharian kita. jadi eloklah apabila kita tersedar dari perkara lagho tersebut, kita cepat2 beristighfar dan mengucapkan kalimah tauhid ini..Moga2 kita tidak termasuk dalam golongan mereka2 yang mati didalam su'ul khatimah.

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya) , dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.

Oleh itu Rasulullah saw mengingatkan kita supaya sentiasa memperbaharui iman kita dengan mengucapkan kalimah La iLaaha illaLLah. Kadang2 kita mungkin sedikit ter'lagho' dalam kehidupan seharian kita. jadi eloklah apabila kita tersedar dari perkara lagho tersebut, kita cepat2 beristighfar dan mengucapkan kalimah tauhid ini..Moga2 kita tidak termasuk dalam golongan mereka2 yang mati didalam su'ul khatimah.

Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Wallahu'alam...

di edit from...

Saturday, July 11, 2009

Goodbye cuti ku...

sdey2..
ari ni last cutiku yg da 3bln lebih ni..
mmg bnyk kenangan aku tuk sem break ni..
mcm2 ada!!!
dan kerana cuti ni jugalah yg membuatkan aku untuk jd 'blogger' ni..
sem ni aku dpt cuti lama sebab aku xwat shortsem.kalo aku wat shortsem,xsilap cuti 2week ja kot.
rasa nk sambung ilmu 'laen' plak yg dah lama tertunggak.huhu..
(bkn ilmu hitam@sesat ek)

ye r,kt kampus da banyak blaja ilmu fardhu kifayah
so,time cuti camni la aku dpt blaja fardhu ain sikit2..
rasa berdosa la jgk duk mendahulukan yg fardhu kifayah je..
huhu~

actually,aku xtau nk tulis ape pun ni.
tp dah ni last aku kt umah untuk sem break ni,so terpaksa jugaklah aku tulis..
haha..
lagipun,sem dpn ni aku xbwk laptop aku..
so,tergendala la skit blog aku ni.
mgkin pas ni aku jarang2 update kot.
***harap ihsan pak din n pesal jela,2pun kalo dia bg laptop diorang..
haha..siap ko sudin n pokcha
aku saje je malas bawak,kalau bawak confirm aku main game nye..
mmg hancus la..
sebelum 3pagi blom tentu tido lg.
haha..
kira nk try bertahan tanpa laptop la ni..

Note 4 DIN n PESAL>>>
...wei korang!!!pasni jgn duk ajak aku lwn PES lak..
kalo korg lwn pn,confirm kalahnye!!!
aku da jadik 'master' kt umah ni..
nk test skit2 tu bleh la..
hahaha..

hmm..
mlm ni aku akan bertolak ngn bas ke uia,smbung pengajian la kot.huhu..
kalo ingtkan malas kot nk g U ni..
ye r,otak da beku kot lama2 kat umah..
nk tekan calculator pn ntah reti ke idak laei..
hahaha...
kurang2 2mggu nk refresh otak aku ni..

jap lagi aku naik bas..
bas aku 9.30pm..
biasa nye kul 10 lbey bru sampai..
aku naik bas Transnasional from Tanah Merah to KL..
skang aku duk pack barang2.
sempat lagi blogging tuh!!

okla,da lewat ni..
Wassalam..

Thursday, July 9, 2009

aku Blurrrrr!!!!

argh!!!!!
aku xtau nk add sbjek ape sem dpn!
pening2..

skang time tuk aku wat add/drop..
tp td aku bru tau result tuk enter department
yg jd mslahnye result tu xmemihak kpd aku..
kira xdpt msuk dptmnt yg aku target la..adooiii..
so,study plan aku pn 'lari' la..
skang nk kena wat study plan baru..
hmm,sabor jela..

so,skang aku da xtau nk add sbjek ape tuk sem depan..
dahla aku xda schedule tuk department nih(BECS)..
camne aku nk wat planning???
mlm esk dah due date tuk add/drop ni.
jwbnye kena wat manual la..
huhuhu...
sdey2~

ape2pn kire syukurla tu dpt msuk department
kawan2 aku tu lg kesian
form dh submit,tp still xdpt msuk..
lagi la xdapat nk add subjek..
huhuhu..
kira rezki aku jgkla kn
ni la kerenah birokrasi yg ada kt Kuliyyah aku..
sepatutnye aku n the geng da msuk department sem lps
tp dsebabkn mslh sengal ni..tertunda ke sem baru ni..
hmm..
kita hanya mampu merancang!!!Allah jugalah yg menentukan...
btol3..




>>>adoiii..aku post entri yg sengal ni sbb nk hlngkn ke'blur'an aku yg xtau nk add sbjek ape..
ntah ape2 yg aku duk mengarut ni..

Fergie, Wait for Me!!!

haha..
Fergie adalah gelaran bg si Sir Alex Ferguson
pengurus kelab kesayanganku, MU FC

Dipendekkan ceghite...
Bdk2 MU ni akan dtg kt M'sia mggu dpn
konon nya nk test team M'sia sblm season baru stat

Dan Apalagi!!!
jeng3!!!
Si Fergie tu jemput aku dtg 'training' diorang kot
hah???
biaq betoi?
dgr cite dia ngah cari pengganti si Ferdinand..kot2 dia injured la kn
Alhamdulillah...Akhirnye!!!
hahaha~
ye r,nk beat Real Madrid kot>>
dah sume si Real ni da sapu
nseb baek aku still free agent
haha..




Mesti korang xpercaya kn??
haa..
lau xcaye tgk ni>>>




So, amacam???
ori kot ni..
ha3...
sbnrnya bkn dtg 'training',tp dtg 'tengok diorang training' je..
(hee>>saje nk suh si pesal n sudin jeles)

ape2 pn aku dapat tgk diorang training kot
bkn tgk match diorg lwn m'sia
lau match xleh tgk player dekat2..
best kot..
bkn senang nk dpt Admission Pass ni
limited kot..
rezki aku kot.
*bape bnyk aku nye kot da
aku dpt benda ni masa duk usha blog
ntah blog sape2
saje,ziarah blog org..
pastu jumpa la iklan psal ni.
huhu..

SEE YOU ALL THERE!!!
ha3..

>>>jgn jeles din ek,nti aku kirim salam la kt Ferguson tu.
xde caj pn
hahaha..


p/s>>>aku ngah carik tiket MU vs M'sia ni..lau sape2 ada nk jual n tau ktne diorng jual, oyak ko kawe deh..

Sunday, June 28, 2009

Nasihat Guruku


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

>>>Disini aku ingin berkongsi nasihat yang aku ambil dari seorang ustaz atau tokguru sebagai panduan kita semua harapnya.Sebagaimana di ingatkan ramai tok2 guru dan ulama', berlaku sedikit kekesalan dengan perkembangan ilmu agama di dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini.

>>> Disini aku ingin menyatakan bahawa banyak blog dan website - sama ada yang berbahasa Arab atau Inggeris atau Melayu - menyebarkan pemikiran Wahhabi atau sekurang-kurangnya mengandungi unsur-unsur Salafi Wahhabi ini.

>>>kata para ulama':
"Seandainya teknologi yang ada pada hari ini adalah merupakan kaedah atau jalan yang terbaik bagi pengambilan ilmu dan penyebaran agama Allah SWT, maka Allah SWT pasti akan mengurniakan kekasihNya Sayyiduna Muhammad SAW teknologi sebagaimana yang ada pada hari ini. Namun begitu, itu tidak berlaku."

Maksud disini,
jalan yang terbaik dalam mengambil ilmu agama dan penyebarannya adalah sepertimana yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada RasulNya dan sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya iaitu dengan mengambilnya secara langsung daripada guru melalui pertemuan (talaqqi) dan persahabatan (suhbah).

>>>Kemuliaan para Sahabat r.anhum adalah dengan bertemu dan bersahabat dengan Rasulullah SAW, dan kemuliaan para Tabi'in adalah kerana bertemu dan bersahabat dengan para Sahabar r.anhum dan kemulian para Tabi'i al-Tabi'en adalah kerana bertemu dan bersahabat dengan para Tabi'in...mereka adalah sebaik-baik kurun dan teladan.

>>>Maka, inilah jalan sirathul mustaqim... mengambil ilmu agama dengan guru yang mengambil ilmu dengan jalan bertemu dan bersahabat dengan guru-guru sebelum mereka.

>>>Penjelasan yang ringkas ini memberikan jawapan kenapa RAMAI ORANG YANG BERGURU DENGAN "SHEIKH INTERNET" SERING TERSALAH MEMILIH ILMU DAN GURU, DAN AKHIRNYA RAMAI JUGA YANG TERPERANGKAP DENGAN FAHAMAN TERPESONG SEPERTI SALAFI WAHHABI TANPA MEREKA SEDARI. MEREKA MENELAN RACUN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGENALI UBAT. Ini adalah kerana mereka telah lari daripada asas pengajian agama Islam.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar". Tak dinamakan belajar, kalau tidak ada pengajar.

>>>Bukanlah bermakna, teknologi maklumat dan komunikasi yang ada pada hari ini tiada gunanya, bahkan banyak kegunaannya. Namun begitu, keselamatan ilmu dan keberkatan ilmu agama di dalam dunia "cyber" ini amat terbatas.

>>>sebagai penambahan,peringatan ini juga bukan terhad untuk alam siber sahaja bahkan untuk pengambilan hukum2 melalui pembacaan buku2 atau majalah2 agama khasnya. Kita tidak boleh secara direct mengambil hukum hanya sekadar melalui pembacaan tanpa merujuk atau ditashihkan oleh mana2 guru@ustaz....kita mungkin tak tahu maksud sebenar yang dikehendaki penulis tersebut. Ini ditakuti akan timbul salah faham atau percanggahan pendapat, lain yang dia ndak lain yang kita dapat..sesungguhnya syaitan akan menjadi guru kita jika kita belajar tanpa guru atau ustaz.

>>>Oleh itu, aku menasihati diri ini khasnya dan para pembaca blog ini yang ingin mengambil manfaatnya agar tidak meninggalkan pengajian ilmu secara talaqqi(pertemuan/mengadap guru) khasnya yang berkaitan ilmu para ulama' muktabar - ulama' empat mazhab .. agar kita tidak terkeluar dari jalan yang lurus ini dalam mengambil ilmu. Moga-moga kita semua di dalam pemeliharaan Allah SWT dalam perjalanan
menuju kepada-

Saturday, June 27, 2009

Vaksin H1N1

>>>InsyaAllah,dengan berkat keikhlasan kita mengamalkan doa ini,Allah taala menjauhkan kita dari bencana wabak yang semakin meresahkan kita hari ini.

Mantan Mufti Negeri Sembilan, Dato` Syaikh Haji Mohd Murtadza bin Syaikh Ahmad telah memanjangkan satu doa yang disebut oleh para ulama kita antaranya Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani dalam "Bada-i-`uz Zuhur" untuk dijadikan amalan mencari keselamatan daripada ancaman wabak penyakit dan bala` bencana. Maka amatlah munasabah untuk kita jadikan amalan dalam masa tercetusnya wabak baru yang menggelabahkan satu dunia sekarang. Vaksin tu vaksinlah jugak, tapi jangan lupa memohon kepada Allah yang Maha Berkuasa. Tok Syaikh Wan Ahmad menulis dalam kitabnya tersebut:
"Barangsiapa yang membaca beberapa kalimah ini tiga (3) kali pada pagi-pagi dan petang-petang, sejahtera ia daripada mengenai waba`, iaitu:-


>>>rujuk bahrusshofa.blogspot.com

Thursday, June 25, 2009

Kenapa Aku Mem'Blogging' ???

Mungkin ada antara korang nak tahu ape sebab aku create blog.oghe kelate cakap "gapo pekdoh gak".huhu..Sebelum ni aku xterfikir pun nak ada blog sendiri,nak baca blog orang pun malas.Jadi,aku pun tulisla sebab2 nya kat bawah ni.ntah ape yang aku mengarut pun aku xtau,kalo korang larat nak baca,bacala..

Disebabkan aku ni jenis suka yg ganjil,xkira la number ke,makan@minum ke,yang penting semua ganjil..Boleh dikatakan semua benda nak kena ganjil,maybe 'BINI' pun 'ganjil'.huhu..Dalam banyak2 yang ganjil tu,aku paling suka nombor@bilangan 3 dan 7..Sebenarnya kita sememangnya digalakkan(sunat) memilih yang ganjil,dalilnya pencipta kita itu pun ganjil iaitu SATU.
so,aku pilih TIGA sebab utama aku memblog***

>>>Pertama, Afif~*(~ Simbolnye)
Kenapa beliau jadik sebab pertama aku memblog!!!Sape dia nih???
hanya aku yg tahu.haha~
Aku dapat ilham nak memblog nih sebab selalu baca blog dia la,dalam banyak2 blog yang aku baca,blog dia yang aku paling suka.mungkin sebab mamat ni kreatif kot,and then dia selalu update blog dia.tapi aritu aku dengar dia dah nak tutup blog dia,xtau la knape..putus cinta kot,xpun bankrup jadi businessman DSLR.hohoho~
Aku baca blog dia sampai aku bleh hafal ape yang dia tulis pastu bila jumpa dia,aku cite balik ape yg dia tulis..terkejut 'beruk' beliau,huhuhu...Masa mula2 aku nak wat blog ni banyak gak aku tanya die,macam sifu lak.huh!!xleh blah.

Mamat ni sebenarnya seKampus ngn aku skrang,seMahallah,seKuliah of Economics and Management Sciences and then ex-seRoomate kt Matric(UKC1) aku..dia ni anak pakcik DIN,tapi bukan pak din yang segambut tu(roomate aku)..apa yang paling aku terkejut,orang bleh sangka dia ni mamat bangla.haha..adala skit2 kot.Skang dia jadik businessman Digital SLR.dia ni pemilik blog tHe.uNtoLd.StoRieS.oF.mE,kalo korang nak view click la kat sini afifzainuddin.blogspot.com.
*apip,aku da tolong promote,sem depan belanja aku.huhu...
*apip,sory r aku mempergunakan ko n trademark ko(~).kalo ko x bagi,aku cut bagian ni.


>>>Kedua
Sekarang ni TUJUAN utama and sebab kedua aku memblog.Tujuan aku sebenarnya nak share hal aku(mmg lerr!!) dan nak kongsi sedikit ilmu ilmiah yang aku ada.Bukan ada sangat pun,tapi terpaksa kerana Islam.kawan aku ni(apis hamidun,maaf pis) slalu gak bertanyakan masalah agama kat aku and then dia selalu gak cakap "ko ada ilmu,tp xnk share..ape hukumnya???".. Tapi kalau ikutkan kaedah menuntut ilmu,anak murid yang kena cari tok guru,bukan tok guru yang cari anak murid..btul x??Sebabnya,wajib@fardhu a'in(bagi setiap individu) itu BELAJAR ilmu agama.Adapun bagi tok guru itu hanya fardhu kifayah untuk dia MENGAJAR ilmu itu.>>Berbalik psal kawan aku tadi,ada betul gak apa yang dia cakap tu.so aku fikir2,blog mungkin salah satu cara aku bleh share.Bukan senang sebenarnya nak mengeluarkan atau menghukumkan sesuatu perkara@msalah itu.Kerana setiap perkara yang kita hukumkan itu akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak..Imam Malik sendiri sampai menangis apabila diminta mengeluarkan sesuatu fatwa.Aku sebenarnya takut gak nak memblog ni,takut nanti timbul riak@ujub dan fitnah kepada orang ramai.Macamana aku nak menjawab di hadapan mahkamah Allah taala nanti. Tapi,entri yang berkenaan aku xpost pun lagi..InsyaAllah dimasa akan datang jika diberi peluang oleh NYA.Ameen...

*time kaseh apis...


>>>Ketiga
ape ek??emm,dengan memblog ni aku dapat kenal ramai kawan baru yang setengah tu memang aku xpernah kenal pun.Alhamdulillah,dapat gak merapatkan persaudaraan sesama ummah.aku xbleh nak bagitau sape diorang tu,nanti ada yang xtermasuk list.kang terasa plak.huhu..Satu lagi yang best pasal blog ni,aku rasa pengetahuan am aku sedikit bertambah.aku jadik makin rajin surf internet and cari info..Alhamdulillah,mungkin satu perubahan yang positif untuk diriku.


>>>So,best gak ek ada blog ni.Tp yang xbest nya aku xreti nak meng'ayat' ni and malas nak menaip..mungkin kena cari secreatary lak pasni.huhu..entri ni pun dah lama tertangguh sebenarnya.Kalo korang ada bagi idea atau comment pasal blog ni,bagila..maklumla,orang baru.

Wallahua'lam