Thursday, July 9, 2009
aku Blurrrrr!!!!
aku xtau nk add sbjek ape sem dpn!
pening2..
skang time tuk aku wat add/drop..
tp td aku bru tau result tuk enter department
yg jd mslahnye result tu xmemihak kpd aku..
kira xdpt msuk dptmnt yg aku target la..adooiii..
so,study plan aku pn 'lari' la..
skang nk kena wat study plan baru..
hmm,sabor jela..
so,skang aku da xtau nk add sbjek ape tuk sem depan..
dahla aku xda schedule tuk department nih(BECS)..
camne aku nk wat planning???
mlm esk dah due date tuk add/drop ni.
jwbnye kena wat manual la..
huhuhu...
sdey2~
ape2pn kire syukurla tu dpt msuk department
kawan2 aku tu lg kesian
form dh submit,tp still xdpt msuk..
lagi la xdapat nk add subjek..
huhuhu..
kira rezki aku jgkla kn
ni la kerenah birokrasi yg ada kt Kuliyyah aku..
sepatutnye aku n the geng da msuk department sem lps
tp dsebabkn mslh sengal ni..tertunda ke sem baru ni..
hmm..
kita hanya mampu merancang!!!Allah jugalah yg menentukan...
btol3..
>>>adoiii..aku post entri yg sengal ni sbb nk hlngkn ke'blur'an aku yg xtau nk add sbjek ape..
ntah ape2 yg aku duk mengarut ni..
Fergie, Wait for Me!!!
Fergie adalah gelaran bg si Sir Alex Ferguson
pengurus kelab kesayanganku, MU FC
Dipendekkan ceghite...
Bdk2 MU ni akan dtg kt M'sia mggu dpn
konon nya nk test team M'sia sblm season baru stat
Dan Apalagi!!!
jeng3!!!
Si Fergie tu jemput aku dtg 'training' diorang kot

hah???
biaq betoi?
dgr cite dia ngah cari pengganti si Ferdinand..kot2 dia injured la kn
Alhamdulillah...Akhirnye!!!
hahaha~
ye r,nk beat Real Madrid kot>>
dah sume si Real ni da sapu
nseb baek aku still free agent
haha..
Mesti korang xpercaya kn??
haa..
lau xcaye tgk ni>>>


So, amacam???
ori kot ni..
ha3...
sbnrnya bkn dtg 'training',tp dtg 'tengok diorang training' je..
(hee>>saje nk suh si pesal n sudin jeles)
ape2 pn aku dapat tgk diorang training kot
bkn tgk match diorg lwn m'sia
lau match xleh tgk player dekat2..
best kot..
bkn senang nk dpt Admission Pass ni
limited kot..
rezki aku kot.
*bape bnyk aku nye kot da
aku dpt benda ni masa duk usha blog
ntah blog sape2
saje,ziarah blog org..
pastu jumpa la iklan psal ni.
huhu..
SEE YOU ALL THERE!!!
ha3..
>>>jgn jeles din ek,nti aku kirim salam la kt Ferguson tu.
xde caj pn
hahaha..
p/s>>>aku ngah carik tiket MU vs M'sia ni..lau sape2 ada nk jual n tau ktne diorng jual, oyak ko kawe deh..
Sunday, June 28, 2009
Nasihat Guruku
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;
>>>Disini aku ingin berkongsi nasihat yang aku ambil dari seorang ustaz atau tokguru sebagai panduan kita semua harapnya.Sebagaimana di ingatkan ramai tok2 guru dan ulama', berlaku sedikit kekesalan dengan perkembangan ilmu agama di dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini.
>>> Disini aku ingin menyatakan bahawa banyak blog dan website - sama ada yang berbahasa Arab atau Inggeris atau Melayu - menyebarkan pemikiran Wahhabi atau sekurang-kurangnya mengandungi unsur-unsur Salafi Wahhabi ini.
>>>kata para ulama':
"Seandainya teknologi yang ada pada hari ini adalah merupakan kaedah atau jalan yang terbaik bagi pengambilan ilmu dan penyebaran agama Allah SWT, maka Allah SWT pasti akan mengurniakan kekasihNya Sayyiduna Muhammad SAW teknologi sebagaimana yang ada pada hari ini. Namun begitu, itu tidak berlaku."
Maksud disini,
jalan yang terbaik dalam mengambil ilmu agama dan penyebarannya adalah sepertimana yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada RasulNya dan sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya iaitu dengan mengambilnya secara langsung daripada guru melalui pertemuan (talaqqi) dan persahabatan (suhbah).
>>>Kemuliaan para Sahabat r.anhum adalah dengan bertemu dan bersahabat dengan Rasulullah SAW, dan kemuliaan para Tabi'in adalah kerana bertemu dan bersahabat dengan para Sahabar r.anhum dan kemulian para Tabi'i al-Tabi'en adalah kerana bertemu dan bersahabat dengan para Tabi'in...mereka adalah sebaik-baik kurun dan teladan.
>>>Maka, inilah jalan sirathul mustaqim... mengambil ilmu agama dengan guru yang mengambil ilmu dengan jalan bertemu dan bersahabat dengan guru-guru sebelum mereka.
>>>Penjelasan yang ringkas ini memberikan jawapan kenapa RAMAI ORANG YANG BERGURU DENGAN "SHEIKH INTERNET" SERING TERSALAH MEMILIH ILMU DAN GURU, DAN AKHIRNYA RAMAI JUGA YANG TERPERANGKAP DENGAN FAHAMAN TERPESONG SEPERTI SALAFI WAHHABI TANPA MEREKA SEDARI. MEREKA MENELAN RACUN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGENALI UBAT. Ini adalah kerana mereka telah lari daripada asas pengajian agama Islam.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar". Tak dinamakan belajar, kalau tidak ada pengajar.
>>>Bukanlah bermakna, teknologi maklumat dan komunikasi yang ada pada hari ini tiada gunanya, bahkan banyak kegunaannya. Namun begitu, keselamatan ilmu dan keberkatan ilmu agama di dalam dunia "cyber" ini amat terbatas.
>>>sebagai penambahan,peringatan ini juga bukan terhad untuk alam siber sahaja bahkan untuk pengambilan hukum2 melalui pembacaan buku2 atau majalah2 agama khasnya. Kita tidak boleh secara direct mengambil hukum hanya sekadar melalui pembacaan tanpa merujuk atau ditashihkan oleh mana2 guru@ustaz....kita mungkin tak tahu maksud sebenar yang dikehendaki penulis tersebut. Ini ditakuti akan timbul salah faham atau percanggahan pendapat, lain yang dia ndak lain yang kita dapat..sesungguhnya syaitan akan menjadi guru kita jika kita belajar tanpa guru atau ustaz.
>>>Oleh itu, aku menasihati diri ini khasnya dan para pembaca blog ini yang ingin mengambil manfaatnya agar tidak meninggalkan pengajian ilmu secara talaqqi(pertemuan/mengadap guru) khasnya yang berkaitan ilmu para ulama' muktabar - ulama' empat mazhab .. agar kita tidak terkeluar dari jalan yang lurus ini dalam mengambil ilmu. Moga-moga kita semua di dalam pemeliharaan Allah SWT dalam perjalanan
menuju kepada-
Saturday, June 27, 2009
Vaksin H1N1
>>>InsyaAllah,dengan berkat keikhlasan kita mengamalkan doa ini,Allah taala menjauhkan kita dari bencana wabak yang semakin meresahkan kita hari ini.Mantan Mufti Negeri Sembilan, Dato` Syaikh Haji Mohd Murtadza bin Syaikh Ahmad telah memanjangkan satu doa yang disebut oleh para ulama kita antaranya Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani dalam "Bada-i-`uz Zuhur" untuk dijadikan amalan mencari keselamatan daripada ancaman wabak penyakit dan bala` bencana. Maka amatlah munasabah untuk kita jadikan amalan dalam masa tercetusnya wabak baru yang menggelabahkan satu dunia sekarang. Vaksin tu vaksinlah jugak, tapi jangan lupa memohon kepada Allah yang Maha Berkuasa. Tok Syaikh Wan Ahmad menulis dalam kitabnya tersebut:
"Barangsiapa yang membaca beberapa kalimah ini tiga (3) kali pada pagi-pagi dan petang-petang, sejahtera ia daripada mengenai waba`, iaitu:-
>>>rujuk bahrusshofa.blogspot.com
Thursday, June 25, 2009
Kenapa Aku Mem'Blogging' ???
Disebabkan aku ni jenis suka yg ganjil,xkira la number ke,makan@minum ke,yang penting semua ganjil..Boleh dikatakan semua benda nak kena ganjil,maybe 'BINI' pun 'ganjil'.huhu..Dalam banyak2 yang ganjil tu,aku paling suka nombor@bilangan 3 dan 7..Sebenarnya kita sememangnya digalakkan(sunat) memilih yang ganjil,dalilnya pencipta kita itu pun ganjil iaitu SATU.
so,aku pilih TIGA sebab utama aku memblog***
>>>Pertama, Afif~*(~ Simbolnye)
Kenapa beliau jadik sebab pertama aku memblog!!!Sape dia nih???
hanya aku yg tahu.haha~
Aku dapat ilham nak memblog nih sebab selalu baca blog dia la,dalam banyak2 blog yang aku baca,blog dia yang aku paling suka.mungkin sebab mamat ni kreatif kot,and then dia selalu update blog dia.tapi aritu aku dengar dia dah nak tutup blog dia,xtau la knape..putus cinta kot,xpun bankrup jadi businessman DSLR.hohoho~
Aku baca blog dia sampai aku bleh hafal ape yang dia tulis pastu bila jumpa dia,aku cite balik ape yg dia tulis..terkejut 'beruk' beliau,huhuhu...Masa mula2 aku nak wat blog ni banyak gak aku tanya die,macam sifu lak.huh!!xleh blah.
Mamat ni sebenarnya seKampus ngn aku skrang,seMahallah,seKuliah of Economics and Management Sciences and then ex-seRoomate kt Matric(UKC1) aku..dia ni anak pakcik DIN,tapi bukan pak din yang segambut tu(roomate aku)..apa yang paling aku terkejut,orang bleh sangka dia ni mamat bangla.haha..adala skit2 kot.Skang dia jadik businessman Digital SLR.dia ni pemilik blog tHe.uNtoLd.StoRieS.oF.mE,kalo korang nak view click la kat sini afifzainuddin.blogspot.com.
*apip,aku da tolong promote,sem depan belanja aku.huhu...
>>>Kedua
Sekarang ni TUJUAN utama and sebab kedua aku memblog.Tujuan aku sebenarnya nak share hal aku(mmg lerr!!) dan nak kongsi sedikit ilmu ilmiah yang aku ada.Bukan ada sangat pun,tapi terpaksa kerana Islam.kawan aku ni(apis hamidun,maaf pis) slalu gak bertanyakan masalah agama kat aku and then dia selalu gak cakap "ko ada ilmu,tp xnk share..ape hukumnya???".. Tapi kalau ikutkan kaedah menuntut ilmu,anak murid yang kena cari tok guru,bukan tok guru yang cari anak murid..btul x??Sebabnya,wajib@fardhu a'in(bagi setiap individu) itu BELAJAR ilmu agama.Adapun bagi tok guru itu hanya fardhu kifayah untuk dia MENGAJAR ilmu itu.>>Berbalik psal kawan aku tadi,ada betul gak apa yang dia cakap tu.so aku fikir2,blog mungkin salah satu cara aku bleh share.Bukan senang sebenarnya nak mengeluarkan atau menghukumkan sesuatu perkara@msalah itu.Kerana setiap perkara yang kita hukumkan itu akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak..Imam Malik sendiri sampai menangis apabila diminta mengeluarkan sesuatu fatwa.Aku sebenarnya takut gak nak memblog ni,takut nanti timbul riak@ujub dan fitnah kepada orang ramai.Macamana aku nak menjawab di hadapan mahkamah Allah taala nanti. Tapi,entri yang berkenaan aku xpost pun lagi..InsyaAllah dimasa akan datang jika diberi peluang oleh NYA.Ameen...
*time kaseh apis...
>>>Ketiga
ape ek??emm,dengan memblog ni aku dapat kenal ramai kawan baru yang setengah tu memang aku xpernah kenal pun.Alhamdulillah,dapat gak merapatkan persaudaraan sesama ummah.aku xbleh nak bagitau sape diorang tu,nanti ada yang xtermasuk list.kang terasa plak.huhu..Satu lagi yang best pasal blog ni,aku rasa pengetahuan am aku sedikit bertambah.aku jadik makin rajin surf internet and cari info..Alhamdulillah,mungkin satu perubahan yang positif untuk diriku.
>>>So,best gak ek ada blog ni.Tp yang xbest nya aku xreti nak meng'ayat' ni and malas nak menaip..mungkin kena cari secreatary lak pasni.huhu..entri ni pun dah lama tertangguh sebenarnya.Kalo korang ada bagi idea atau comment pasal blog ni,bagila..maklumla,orang baru.
Wallahua'lam
Wednesday, June 24, 2009
Sejarah Ayat Kursi
turunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Wallahu'alam...
eee..seramnye!!!
Maha suci Allah
Wajah hilang akibat penyakit aneh

MADIUN - Tumini iaitu seorang wanita yang tinggal di Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim di Indonesia menghidap penyakit aneh apabila lubang sedalam 10 sentimeter terbentuk di bahagian tengah kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Suami Tumini, Marto menyatakan kedua-dua mata isterinya, hidung, dan bibir hilang manakala dagu serta keningnya sahaja yang masih ada.
"Selama bertahun-tahun, penyakit tersebut terus mengganas di bahagian wajah isteri saya. Dia tidak dapat melihat kerana tidak ada mata," kata Marto.
Dia berkata, isterinya tidak dapat bercakap kerana dia tidak mempunyai bibir kerana lubang itu selebar 10 hingga 15 sentimeter.
Marto berkata, penyakit itu dihidapi oleh isterinya hampir 30 tahun lalu dan mula dikesan ketika dia berumur 20-an.
Penyakit itu bermula dengan bintil berupa jerawat di hidung sebelum membesar dan gatal, jelas suaminya.
>>> Subhanallah...aku sengaja letakkan artikel ni untuk kita semua menginsafi diri dan mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita semua. Jangan pula kita menkufuri nikmat yang diberikan ini.Hari ini mungkin kita dikurniakan dengan wajah yang sempurna. Tapi kita mesti ingat, tidak mustahil suatu hari nanti Allah SWT akan menarik balik nikmat yang DIA berikan kepada kita kerana kesilapan kita sendiri. Sebagai contoh,Kita tengok muda-mudi bahkan yang peringkat 'tua' masa kini begitu ghairah menjalani pembedahan plastik semata-mata untuk kelihatan hebat atau cantik pada pandangan mata manusia semata-mata.Apakah HUKUM kita lakukan semua ini??? na'uzubillah..Apa sebenarnya tujuan utama lain kita dihidupkan selain dari beribadah dan menyembah patuh kepadaNYA??? Sama2 kita fikirkan..Betapa rendahnya akidah kita hari ini,sebagai umat akhir zaman. Walhal,kita sebagai seorang muslim Ahlus Sunnah telah diajarkan bahwa setiap benda itu adalah dalam Qadha dan Qadar Allah swt.Setiap perkara yang diciptakan sejak azali samada BAIK atau BURUK itu ada HIKMAH nya. Kita ini bukan puak atau golongan QADARIAH(yg termsuk dlm 72 puak yg ke neraka) yang mendakwa Allah swt itu tidak mentakdir sesuatu melainkan apabila sesuatu itu berlaku terlebih dahulu.Mereka ini menafikan adanya Qadha dan Qadar Allah taala itu. Wallahu'alam..
>>>Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita ini
>>>Marilah sama-sama kita perbaharui iman dengan mengucapkan Kalimah tauhid, Laa Ilaa ha iLLa ALLAH..
Tuesday, June 23, 2009
AhLaN ya RajaB
Banyak hadis yang telah mensabitkan akan Kelebihan bulan Rejab ini. Hujjatul Islam Imam Abu Hamid al-Ghazali rahimahUllah dalam karya beliau "Mukaasyafatul Quluub" membawa sebuah cerita yang berhubung kait dengan amal soleh dan bulan Rejab. Ini hanyalah sebuah kisah, terpulanglah untuk percaya atau tidak, sesiapa yang percaya mudah-mudahan dapat dijadikan iktibar juga panduan serta jadi pemangkin untuk menambahkan lagi amalan dalam bulan yang mulia ini. Sesiapa yang tidak percaya, maka terpulanglah, tiada siapa yang hendak memaksanya untuk percaya. Hujjatul Islam al-Ghazali menukilkan dalam bab ke-100 kitab tersebut, kisah seperti berikut:-

Diceritakan bahawa ada seorang wanita di Baitul Muqaddis (tepatnya Baitul Maqdis @ Baitul Muqaddas) yang menjadikan 12,000 kali Surah al-Ikhlas sebagai wiridnya setiap hari di bulan Rajab. Dalam bulan ini, dia mengenakan pakaian dari shuf (yakni sebagai tambahan dan pernyataan sifat zuhudnya). Tatkala dia sakit, dia berwasiat kepada anaknya agar dia dikafankan dengan kain shufnya tersebut. Namun ketika dia mati, dia telah dikafankan dengan kain yang elok. Maka anaknya bermimpi ibunya berkata: "Aku tidak redha kepadamu kerana engkau tidak melaksanakan wasiatku." Terjagalah anaknya itu dengan perasaan cemas, lalu dia mengambil kain shuf ibunya agar dapat dikebumikan bersama ibunya. Maka dia pun menggali kubur ibunya dan tidaklah dia tidak bertemu dengan jenazah ibunya itu, hairanlah anak tersebut lalu dia mendengar satu seruan yang berbunyi: "Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang mentaati Kami dalam bulan Rajab tidak Kami tinggalkan sendirian seorang diri. (yakni ditinggal sendirian dalam lubang kubur)".Bagaimanakah keadaan kita nanti dalam kubur? Sendirian ? Bertemankan kala dan ular? Allahu Akbar... Mudah-mudahan kuburan kita nanti menjadi taman syurga dan bukannya jurang api neraka.
Di bulan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan berpuasa dan bersedekah.. Mudah-mudahan dengan amalan kita ini walaupun sedikit menjadi sebab bagi kita memperoleh rahmat dan maghfirahnya dan menjadi peneman kita ketika keseorangan di alam kubur nanti.InsyaAllah...*Ulama' ada menyebutkan; "Barang(benda) yang kita tak mampu buat kesemuanya JANGAN di tinggalkan kesemuanya." *(tak pasti samada ini perkataan ulama' @ nabi,kalau salah tolong betulkan) Jadi buatlah apa-apa amalan walau sedikit sekalipun,bahkan jangan pula kita meninggalkannya terus. Apa yang penting kita Istiqamah mengamalkannya kerana yang Istiqamah itu terlebih aula(utama) dari 1000 Karamah.
>>>Antara peristiwa penting dalam Bulan Rejab ialah;
- Israk dan Mikraj (27 Rejab)
- Difardhukan Solat 5 waktu (Malam Israk)
- Hijrah Pertama ( ke Habsyah@Ethiopia)
- Perang Tabuk ( Tahun ke-9 Hijrah)
- Lahirnya Imam Shafie RA ( di Ghaza,150H/767M)
Firman Allah Taala;
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Israa': 1)




